Enam Kata Cintaku:

Allah sampaikan aku bersama kafilah syuhada...- Istisyhad syuhada

Friday, April 22, 2011

Kerehatan itu...Perasaan itu...~


Lebih kurang seminggu lebih lepas aku ditanya oleh seorang adik, “akak nanti dah masuk degree, makin sibuk, so camne nk ade rasa relax and rest ea?”. Usai soalan, aku hanya mampu tersenyum. Xtau nk bg jawapan camne sebab waktu tu perasaanku melayang jauh, satu perasaan yg sukar digambar untuk menjawab soalan tu…

Baru sebentar tadi aku melihat mereka sedang berprogram ‘kecil-kecilan’ sempena exam bersama anak2 usrah mereka (merangkap housemate & classmate mereka…da itu je pun paling junior kat sini). Aku melihat betapa sibuknya mereka waktu aku sampai dgn bawa LCD. Tak sampai hati untuk duduk je even waktu tu tgh migrain sebenarnya…tp seriously hilang migraine lepas habis program tu….

Malam tu soalan td terngiang2 balik. “Camne nk rasa rest n relax?”…selama 4 tahun ber’degree’ actually agak la sibuk tu. Tapi…..

Sejujurnya, aku hanya merasa sangat relax tatkala bersama2 mereka, adik2 usrahku. Rasa rest yg xde kat tempat lain. Tanggungjawab melebihi masa yg kita ada… teringat kat seorang akhwat yg amat busy plus wiken pun ada usrah dengan adik2 sekolah. Bila adik2 dia Tanya “akak tak penat ke bawa motor jauh2? Taknak rest dulu?” dgn selamba dia jawab, “bukan ana tgh rest ke skrg ni? Kan ana tgh duduk berehat?”. Sebuah jawapan persoalan yg membawa pengertian mendalam. Ya, rehat kita x seperti org lain, rite?



Walau sesibuk manapun, atau sepenat manapun seorang murobbi/ah, saat bersama anak2 usrah adalah saat yg paling membahagiakan hatinya. Bila melihat kehadiran mereka dgn penuh harapan, redup pandangan mereka yg sangat membahagiakan, ceria tutur mereka bersemangat bercerita itu dan ini, hati2 mereka yg menagih isian iman… rasa hilang semua kepenatan walau peluh masih basah memercik di dahi, rasa gundah lenyap umpama xpernah ada, rasa lemah luput x terwujud. Yang ada waktu tu hanya perasaan yg sungguh2 menenangkan, amat membahagiakan n, n….xtau nk describe camne lagi. Melihat kerenah anak2 usrah yg minggu demi minggu ‘membesar’ dalam dakwah dan tarbiyah melahirkan perasaan yg subhanallah, hanya Allah Yang tahu…besssstttt….! (baru dapat memahami perasaan seorg ibu bila melihat anak2nya berjaya…)

Maka rasa relax dan rest kita, bukanlah pada waktu bila kita dapat berehat, pada waktu bila kita dapat tgk movie, etc…tp perasaan kita akan betul2 rasa sangat2 R&R bila kita buat liqa’2 usrah bersama mereka. Itulah waktu enjoy kita yg sebenarnya…R&R dalam rangka ketaatan padaNya…

“(iaitu) orang-orang beriman, hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah, Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.”
 (ar-ra’d: 28)




No comments:

Post a Comment