Enam Kata Cintaku:

Allah sampaikan aku bersama kafilah syuhada...- Istisyhad syuhada

Friday, April 1, 2011

cerita zaman sekolah

macam pelik sebab wiken ni takde program. Actually program banyak je, tp abah dah call balik rumah. minta balik minggu ni juga sebab nak minta tolong bawakan motor lagi sebiji untuk adik. Ok. so kesimpulannya balik jap lagi kena naik bus! (waaaaa, lame gile xnaik bus balik mlaka...!ada la dekat 3 thn...harga tiket sekarang pun dah xtau...!)

Bila sebut pasal naik bus tetiba teringat kisah muda remaja. (sekarang pun masih muda...). Zaman2 sekolah dulu especially zaman form 4 &5. Well, bg kawan2 sekolah harap anda semua sangat maklum dgn diri ini pada masa tu. Memegang amanah as ketua biro siaraya yang mmg sangat berat kot kerja (agak laa berat nk angkat speaker gedabak tu dulu...!). Setakat sembang dgn kawan2 lain, rasanya dekat taayah je yang keja PA System student perempuan kena buat. kat sekolah lain prefect lelaki yang buat or cikgu lelaki...hoho...

Memang bukan sedikit airmata yang tumpah sepanjang 2 tahun tu, dan bukan sekali dua juga mengamuk macam orang naik minyak kat asrama (survey dikalangan junior menunjukkan bahawa most of them menggelarkan aku sebagai senior paling digeruni...adeh~ aku pun baru tau baru-baru ni).

Saat paling mengesankan dalam hidup, bila salam jam'ie dgn cikgu cikgu (yg perempuan jee) taayah before kitorang SPM. tak ingat cikgu/ustazah yg mana satu, tp bila salam, ustazah/cikgu tu bisikkan something yang sampai sekarang masih terngiang2 kat telinga, "Jika selama kamu berbakti kat sekolah ni kamu ikhlas, moga Allah limpahkan kebaikan dalam kehidupan kamu yang mendatang...". Dan sungguh saat tu, terus muka aku terasa panas dan tanpa sedar empangan yg cuba ditahan pecah jugak, (sebab tu da kabur xnampak sape yang kat depan, tu yang x ingat tu...huhuhu)

Dan kerana doa ini jugalah dan doa dari bunda terchenta yang mungkin telah membawa aku hingga ke saat ini. Mengukuhkan langkahku berjalan setapak demi setapak dalam dakwah dan tarbiyah ini. (doa seorang guru tu makbul, so sila doakan yang baik2 buat anak kurid anda...). Satu hadith yang sangat familiar dalam ISK ;

 "Jika Allah nak beri kebaikan pada seseorang, maka Dia akan beri kefahaman dalam agama..."



Masih segar lagi tarbiyah Allah waktu kat sekolah dulu. Well, aku takde geng macam orang lain yang ade geng kamcing. Lebih suka neutral dengan semua orang so takda bias bila buat kerja. Then disebabkan tu juga yang sangat melatih jiwa berjinak2 dgn Allah. Awal2 tu ye mmg suka mengamuk, tp bila da hujung2 kat sekolah, baru sedar, mengadu dekat Allah lagi best! mengadu kat Allah cerita kat Allah, minta pada Allah... Waktu tu juga baru berjinak2 untuk bangun qiam and pergi solat subuh awal kat musolla@dewan sebaguna sebab waktu tu musolla tgh renovate, baca ma'tsurat even budak f1 je wajib baca ma'tsurat (myb ada yang anggap bese la tu dekat nk exam baru ingat Allah, tp bg aku sebenarnya TAK!!!. Seriously waktu tu baru sedar diri sbg hamba Allah. )

malam2 suka dok kat luar dorm sambil mendongak ke langit, tengok bulan, bintang, sambil takjub melihat ciptaan Allah. Waktu tu slalu bisik dalam hati, "Allah Kau sedang tengok aku kan? Kalau Kau sedang tengok aku, Aku cuma nak minta pada Kau untuk aku terus menjadi hamba yang sebenar2 hambaMu. bantu aku untuk terus taat menjadi hambaMU..."



Dan sejujurnya, kini aku rasa rindu sangat dgn masa tu...rindu yang sangat2...rindu yang teramat sangat...

rindu pada KID yang dulu....kid and laili are d same person...but ade berberapa perkara yg kurasakan agak laa beda...rasa nak balik semangat kid yang dulu. kid yang tak pernak ada kata putus asa. Kid yang xpernah kata tak sempat sebab dia selalu laungkan dalam hatinya "selagi punya waktu walau sesaat, ape2 pun boleh diubah"...(~_~)

Please sedar diri masa tak boleh berundur ok?

ok...but perasaan tu bisa dijelmakan kembali right?...

harus! untuk kembali me'refresh' niat dan himmah...!

"Allah please guide me, Please forgime me. I'm nothing without You. Moga aku sentiasa dekat padaMu sepertinya perasaan ghirahku pada awal perkenalanku denganMu..."


3 comments:

  1. hukkk... sedih pula...slalu buli kid mse skola :p....
    maaf kn smua ya?

    smoga Allah mudahkn jalan nt utk smuanya... smoga berkah uga rahmatnya mlingkari... inshaALLAH ^^

    ukhwah fillah abadan abadaaa...

    LPS, Ainul Yaqin 04-05 :)

    ReplyDelete
  2. huh! yeke muna buli?

    buli tolong guntingkan huruf2 backdrop bawah meja ke?hahaha...tak rasa kena buli ngan sape2 pun zaman sekolah dulu...maaf juga kita atas segalanya...rasanya kid lagi suke buli muna dulu...buli gulung muna dalam langsir dewan...hehe...afwan jiddan fi kulli hal ya ukht...

    Moga Allah terus tsabatkan kita bersama...ins.Allah...

    Moga tangan kita teerus bertaut hingga langkah kita beriringan melangkah ke syurgaNya kelak... ameen...

    ReplyDelete