Tarbiyah ini bukanlah hnya coretan kertas,
yg dibacakan dan hanya bertambah dalam akal fikiran,
tarbiyah ini juga bukan suatu hal yang kaku,
hanya terdiam dalam diri dan jasad.
Umpamanya air tasik yg membusuk kerana tidak mengalir..
Bahkan tarbiyah ini adalah suatu perasaan gelora dalam jiwa,
melahirkan rasa bahagia tak terkata,
mewujudkan suatu rasa yg cukup2 istimewa...
Hingga hampir pecah dada menanggungnya,
dan tiada cara melainkan melahirkan sifat untuk memberi
dan terus bercerita akan keseronokan-nya…
terus menerus berkongsi segala rasa bahagia itu buat insan lain.
Dakwah dan tarbiyah ini memenuhi ruang hidupmu,
bukan ia telah meragutnya, bahkan itulah hak kehidupan yg sebenar2nya.
Ia tidak sekali2 menghalang segala hakmu,
bahkan ialah yang menjadi guide bg tiap tingkah dan perilakumu
, mengajarkan untuk mengambil keputuasan yg benar
demi pertimbangan pandangan dari sisi rabbani,
mendidikmu sentiasa berfikir sangat jauh menjangkaui zaman dan ruang waktu.
Ia memenuhi tiap detik masamu,
seringkali juga akan lelah kerana terlalu berat dan banyaknya tuntutannya,
namun, biarkan dirimu begitu, kerana seperti itulah seharusnya,
biarkan masamu berlalu dengan isian dakwah dan tarbiyah ini,
kerana itulah hak masamu untuk diisi dengan sepenuh kebaikan...
Dakwah dan tarbiyah ini sentiasa menuntutmu,
Agar sering mencipta jejak langkah baru,
Agar sering berjalan terus maju,
Bukannya hanya berhenti disuatu perhentian,
merasa cukup seadanya,
TIDAK!!!
Ianya sebuah perjalanan menuju kebaikan,
Sebuah gelora yang menolak kamu untuk terus ke depan,
Demi Allah rasulNya,
dan Demi insan lain yang menunggu dibelakangmu.
Seharusnya langkahmu walau berat namun harus terus menapak.
Terus menderas menggapai janji Redha Nya...

laili dari buku mana ye ni???
ReplyDeletedari lubuk hati...huhu
ReplyDelete