Enam Kata Cintaku:

Allah sampaikan aku bersama kafilah syuhada...- Istisyhad syuhada

Tuesday, October 18, 2011

Bagaimana kita ingin dipandang Rasulullah saw?

Sedang hot bagi peminat TV alhijrah rancangan "laukana baynana-bagaimana seandainya Rasulullah bersama kita?". Memang rancangan TV paling best sebab sangat-sangat laa mengingatkan kita pada sejauhmana kita mencintai Rasulullah saw dan mengamalkan sunnah baginda dalam kehidupan seharian kita.

Tetiba terfikir sesuatu:

Kalaulah baginda berada bersama kita, bagaimanakah baginda akan memandang kita?



"Mereka adalah manusia-manusia yang lahir jauh setelah wafatku, mereka begitu mencintai Allah, mereka tak pernah memandangku, mereka tak pernah melihat wajahku, mereka tidak hidup dekat denganku, tp merekaamat rindu kepadaku, dan saksikanlah aku jua merindui mereka. Mereka adalah umatku"-Hadith

Subhanallah teramat ingin kita berjumpa Rasulullah saw. Dan bayangkan, bila kita dipandang dengan pandangan penuh kasih dan rindu dari redup matanya sang Rasul yang mulia. Bayangkan senyum yang terindah merekah dari bibir baginda khusus buat ummat yg amat dirinduinya, yang mencintainya dan mengikut sunnah perjuangannya.

sangat best bila seorang akhwat berkata:

" sangat teringin berhalaqah bersama Rasulullah dan para sahabat di tepi telaga kausar, berkongsi cerita dan pengalaman sambil sesekali berkata, " Ya Rasul, aku juga merasakan pengalaman dan perasaan itu"..." 

Iya, kerana sunatullah jalan ini memangnya akan menghadapi ujian yg pada asasnya serupa tapi berbeza mangikut zaman dan ketika.

Lantas fikiranku melayang lagi.....
Teringat kisahnya Tabuk,

perang yang menjadi pembeza antara mukmin dan munafiq. Semua mukmin yang benar imannya akan keluar meninggalkan buah-buah yang sedang masak ranum dan musim summer kat padang pasir yang lagi best kalau bersantai ala-ala mengambil angin tepi pantai bersama family.

Tabuk bukanlah medan jihad nyata sebab tak jadi perang pun, melainkan ia adalah medan jihad nafsu bagi mukmin untuk tinggalkan segala bentuk keduniaan yang fana, dan ujian terbesar bagi iman mereka.

Dan bagi yang sedia maklum [pembaca tegar raheeq makhtum dan fiqh sirah, sape yang belum sila baca!], selepas rasulullah saw pulang dari tabuk, datanglah segerombolan orang-orang munafiq dan sorang-sorang bergilir-gilir jumpa Nabi Muhammad saw bagi A.L.A.S.A.N diorang tak dapat join. Dan Rasulullah saw pun pandang gitu-gitu je dan tak peduli sangat sebab seperti kata Rasulullah kepada para sahabat waktu on d way pegi tabuk:

" Andai ada kebaikan pada mereka, pasti Allah akan sertakan mereka bersama kita, tapi andai mereka tidak bersama kita, Allah telah melapangkan kita dari mereka"

Lain halnya dengan 3 sahabat yang sangat-sangat beriman Ka'ab bin Malik, Hilal bin Umayyah dan Mararah bin Rabi'. Even mereka pun try juga nak beralasan, tapi kerana iman yang benar, diorang tau, yang mereka tak mampu beralasan di depan Allah kelak. Dan mereka pun dengan jujur, beritahu hal yang sebenar.

Rasulullah saw berpaling, dan bersabda "tunggulah hingga Allah memutuskan hal ini...". Rasulullah saw berpaling dengan kecewa seolah berbisik dihatinya, "bukan aku tidak yakin dengan iman kalian, namun apa yang kalian berbuat amat mengecewakanku"


Dan bumi terasa amat sempit menghimpit dada mereka. Rasul tercinta tak sudi bertentang muka, diboikot orang-orang beriman hatta isteri sendiri pun boikot jugak.

"Dan terhadap tiga orang yang ditinggalkan. Hingga ketika bumi terasa sempit bagi mereka, padahal bumi itu luas, dan jiwa mereka pun telah (pula terasa) sempit bagi mereka, serta mereka mengetahui bahawa tiada tempat lari dari (siksaan) Allah, melainkan kepadaNya saja, kemudian Allah menerima taubat mereka agar mereka tetap dalam taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat, Maha Penyayang." (At-taubah,9:118)

Seandainya Rasulullah saw bersama kita, Bagaimana kita dipandang oleh baginda?

Layakkah kita dipandang dengan pandangan penuh rindu dan cinta sedang hati masih lagi ragu dalam meniti jalan dakwah yang dirintis baginda saw?

Ataukah kita hanya akan dipandang dengan penuh kecewa seperti pandangan Rasulullah saw terhadap 3 sahabat yang tidak turun perang? (TT___TT)

Memang iya, medan jihad kita amat kecil berbanding medan jihad mereka seperti badar, uhud, ahzab, tabuk dsbg. teramat kecil. Medan jihad kita mungkin seputar untuk hadir ke usrah, daurah, syura, pengisian, kuliah, mabit dan lain-lain program tarbawi. Medan kita hanya itu! hanya itu sahaja namun sudah penuh akal memikirkan A.L.A.S.A.N [yang 80% biasanya tak syar'ie]. Study, keluarga, masa depan, kawan, takde duit, tertidur dan sangat kreatif kita dalam membuat alasan demi alasan. [dush!10x]

Masih lagi beruntung andai dipandang dgn pandangan kecewa, paling tidak Rasulullah saw, masih yakin dengan imanmu. Mungkin saja, ketidakhadiranmu dalam jihad kerana iman yang ketika itu melemah. Wajar kerana iman itu yazid wa yanqus. bertambah dan berkurang. Dan peristiwa diboikot oleh saudara seiman memang amat menyakitkan hinggakan membuat mereka terus-menerus bertaubat dan serik nak buat lagi. kemudian Allah menerima taubat mereka agar mereka tetap dalam taubatnya. 

Atau hanya selayaknya kita dipandang dengan pandangan bersahaja, tak beerti seperti pandangan rasulullah terhadap kaum munafiq yang memberi A.L.A.S.A.N setiap kali jihad.

Na'udzubillahi min dzaalik...

Astaghfirullah al-azim...

Jauhkanlah kami Ya Allah dari sifat nifaq, ampuni dosa-dosa kami yang telah berlalu dan bantulah kami Ya Allah untuk terus menapak dalam jalan yang Kau redhai...


Wallahu'alam


p/s: Post ni saya tujukan khusus buat diri saya (Dush!!!100x). [mode: muhasabah perang tabuk]

No comments:

Post a Comment