Enam Kata Cintaku:

Allah sampaikan aku bersama kafilah syuhada...- Istisyhad syuhada

Wednesday, July 28, 2010

Bangunan UA...!!!



Jika ditanya, siapa yang buat KLCC nih?Pasti ramai yang menjawab, Dr. Mahathir, Ananda Crishnan, dan mungkin nama beberapa tokoh lain...

Tapi benarkah mereka yang bina KLCC nih?

Jawapannya...

PARA BURUH BINAAN, termasuklah yang buatkan wiring, yang tukang cat dan sebagainya...

Ya, para buruh binaan la yang sebenarnya orang yang benar-benar bina bangunan yang gah ni. tapi ada diorang tulis nama diorang kat tembok2 tu?

mereka bekerja demi sesuap nasi, demi mencari yang halal disisi Allah...

Sebenarnya bukan nak cakap pasal KLCC ni sangat, tp  lebih kepada bangunan yang kita sedang bina dan lebih gah lagi dari KLCC dan al-burj kat Dubai tu...

Yakni, BANGUNAN USTAZIYATUL ALAM....

Kitalah para buruh binaan yang sedang membina bangunan ini...sedikit demi sedikit, kita susun bata-bata, bancuh simen, kukuhkan kedudukan antara batu-bata tu.

Logiknya, semakin ramai pekerja, makin cepat kerja siap...

Tapi ape yang berlaku, adakala tak begitu...makin ramai, makin lambat siap...makin banyak yang amik cuti, mc dan sebagainya...alasannya, "alaa, dah ramai yang buat kerja tu, aku takde keja la sekarang nih, tak payah la buat, buat penat je"....

Jika buruh binaan tadi tu dibayar gaji mengikut berapa jam mereka bekerja, sewajarnya, mereka bekerja bersungguh-sungguh, tak kira pagi, ke malam, cuti tak cuti...diorang terus bekerja...

Lantas kita?

Andai kita sedar, yang Allah memberikan ganjaran macam tu kepada kita, so, tak mahukah kita bersungguh2? 

Dan sungguh apa yang ada disisi TuhanMu lebih baik...

seperti para buruh yang berlumba-lumba kerja lebih masa untuk dapat gaji lebih, tak mahukah kita untuk fastabiqul khairat mendapatkan yang terbaik dari sisi Allah?

Ada yang mengatakan matlamat kita kelihatan utopia...membina ustaziyatul alam...mahu semua tunduk pada Islam, sedangkan Islam sekarang dipijak-pijak...

Mungkin kita semak sikit sirah di sini, ketika perang khandak, sewaktu Rasulullah saw memukul batu besar dengan 3 pukulan.
Pukulan pertama, rasulullah bertakbir dan mengatakan bahawa Islam akan menawan parsi...
Pukulan kedua, Rasulullah bertakbir dan mengatakan bahawa Islam akan menawan Rom...
Pukulan ketiga, Rasulullah bertakbir dan mengatakan bahawa Islam akan menawan Constatinopel...

Kelihatan utopia bukan?tapi tiada yang mustahil bagi Allah Yang Maha Mengatur...

Begitu juga kita, bilakah bangunan ini siap? Wallahualam...

Tapi kita tak boleh berhenti dari terus membina, dan mengukuhkan batu-bata bangunan ini...

Dan jalan ini, kita sendiri yang telah memilihnya, dan kita tau jalan ini susah...

But please, No Turning Back....!

Doakan langkah-langkah kita dan mereka yang berada atas jalan ini terus tegar hingga ke penghujung nyawa...

"Ku lakar wajah kalian dalam doaku..."-Syarah doa rabitah...




No comments:

Post a Comment