Subhanallah, alhamdulillah, la ilaha illallah, allahuakbar!
Segala puji hanya bg Rabb sekalian alam...segala kesyukuran hanya tertumpah padaNya, Maha Kurnia atas nikmat buat hamba yg kerdil ini...
Bermulanya sem baru, dengan hammasah baru, dengan syahadah baru...
Syahadah baru?
Rasulullah saw berpesan pada para sahabat, agar sentiasa perbaharui iman..HOW? perbaharui syahadahmu...setiap kati solat, 1-2 kali kita akan mengungkapkan kalimah syahadah ini...sekaligus setiap kali solat kita akan perbaharui iman dalam diri...Ya solat sebagai recharge hammasah yg paling baik...kerana selepas solat kita umpama insan baharu, yg baru me'repair' iman kita..
Ingat nk tulis pasal SH disini, tp takut ter'berjela2'...walhal, tilam dah terbentang, yg lain pun dah lena usai jamuan ais krim sekejap tadi...hmmm~lain kali insyaAllah...
Sungguh satu kurniaan terbesar yg Allah kurniakan pada manusia adalah akal, yg membezakan ia dari makhluk lain, dan dek kerana akal manusia diberi kebebasan memilih, memilih jalan redha Allah atau kufur...
" Dan kami telah menunjukkan padaNya 2 jalan (jalan kebaikan dan jalan kebatilan)" (90:10)
Dan sungguh dalam menggapai jalan keredhaanNya, amat payah...
Lumrah mau benda baik, harga mesti baik punye...begitulah bg yg berangan2 nakkan syurgaNya...
walau ramai yg memilih untuk berada dalam saf2 gerombolan yg memperjuangkan islam dgn harapan ini akan membawanya jalan bertemu redhaAllah...
Namun, hanya keberadaan yg hanya menambah bilangan adalah suatu yg tiada erti sama sekali, berada di dalam dan hanya duduk diam2 bukanlah prinsip jalan ini, kerana dijalan ini, tiada hak eksklusif...tiada keistimewaan walau apapun jawatanmu di dunia.
Siapa saja yg benar inginkan redha Allah, maka bekerjalah dijalan ini. jadikan angkamu bererti. kerana sekali lagi diulang, dijalan ini tiada hak eksklusif, dan kita semua adalah saudara. maka, apakah tegar untuk berehat dan tidur-tidur sahaja sedangkan saudaramu yg lain bergadang dan bermujahadah?
Jalan ini adalah jalan pengorbanan, jalan yg menuntut ketulusan dan keikhlasan, jalan yg menuntut kesabaran. inilah fitrah jalan ini. Allah akan menguji setiap yg memilih untuk berada dalam jalan ini, diulangi, pemilihan bukan dibuat oleh manusia, tp oleh Allah sendiri. dan akhirnya orang yg benar2 'bekerja' yg akan sampai dengan penuh kelelahan, dan susah payah melepasi interview Allah..
Moga Allah terus memilih kita untuk tegar, dan terus memilh kita untuk melepasi tiap ujianNya dgn penuh kesabaran. pada tika ini, barulah terasa berharganya nilai airmata yg gugur, nikmatnya titis peluh yg merembes.
No comments:
Post a Comment