Enam Kata Cintaku:

Allah sampaikan aku bersama kafilah syuhada...- Istisyhad syuhada

Thursday, July 8, 2010

Meniti semangat hari esok...

1228PM...

Baru sudahkan semua kerja2 rumah, + basuh 'syahid' skali...sian dia da lame tak mandi...dari hari selasa dok rumah, jadi tempat ayam bertenggek plak die. huhu

Ape yang aku rasakan skrg? kosong...khali...

sendiri yang mengosongkan perasaan...hurmm~

Mungkin disebabkan ape yg baru aku tahu baru2 ni menyebabkan jiwaku betul2 sedih...membuatkan diri ini terus bermuhasabah. Untuk ape aku berada di jalan ini? Dan ape sebenarnya yg aku mahu dari jalan ini?

Mengosongkan jiwa mungkin idea yg baik buat masa ni, untukku kembali meniti semangat keberadaanku di sini...Ya, kosongkan jiwa dari kesedihan, kosongkan jiwa dari negative charge...


Berjuang dalam wadah yg berbeza dari sebelumnya, sememangnya menjanjikan sesuatu yg berbeza. Amat berbeza, meskipun setiap wadah mempunyai matlamat yg sama, tp cra pembawaan yg berbeza. pendekatan yg tak serupa.

Tapi itu bukan alasan untuk menjadikan diri kita down (futur) bilamana berhadapan dengan kekurangan yg ada pada satu satu wadah. Tapi ingatlah keberadaan kita di sini, adalah takdir Allah, dan Allah tau yang terbaik buat hambaNya. Mungkin keberadaan kita di situ untuk membantu menampung dan memperbaiki kekurangan itu dan untuk berkongsi kelebihan.

Jangan sampai ia menjadi asbab untuk kau berasa lemah di jalan ini ukht, luruskan balik niatmu, apakah mutabaah amal kita selama ini dilakukan kerana jemaah atau Allah? Apakah keikhlasan, semangat yg berkobar2, dan pengorbanan selama ini kerana jemaah atau Allah? nauzubillahi min zaalik...

"Sesungguhnya Allah membeli dari orang mukmin, baik diri atau harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah, sehingga mereka membunuh atau terbunuh (sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? maka bergembiralah dengan jual beli yang kamu lakukan itu. dan demikian itulah kemenangan yg agung"- (at-taubah,9:111)


Renungilah ayat ini...

Sungguh jelas Allah tidak lansung menjanjikan dunia bg hambaNya yg berjuang demi agamaNya. Sekali-kali tidak! Bahkan janjiNya lebih dari itu, syurga. Alangkah indahnya. Lantas apa yg menyebabkan kita mengimpikan habuan dunia. jangan ya ukht, jika dunia yg kau tunggu sebagai hasil dari segala yang kau lakukan, nescaya satu saat kau akan berlalu penuh penyesalan. Moga niat kita sentiasa diperbaharui.

 Ya akhwat,

Keberadaan kita dalam satu satu wadah adalah untuk terus berjuang, bukan untuk menumpang senang. pergilah ke mana-mana wadah sekalipun, ia sekali2 tidak menjanjikan rehat untukmu. Kerja umat ini kitalah yg telah memilih untuk memikulnya. Pilihan kita sendiri ukht...

"Qad hazihi sabili.............."-(12:108)

Moga langkah2 kita sentiasa terpandu hidayahNya...

No comments:

Post a Comment