duhai hati
ambillah yang berlalu sebagai iktibar
teruskan melangkah laju kerana jalan didepan penuh berliku...
jalan itu terasa masih jauh
jauh kerana belum nampak dimana penghujung
dan jgn pernah berhenti melangkah
ramai yang berminat dengan jalan ini...
ramai yang mencuba...
ramai yang dah lalui...
tapi tak semua masih terus melangkah
dan yang maish melangkah...
meneruskan jejak dengan penuh lelah...
lelah dan payah...
titis peluh dan darah terus mengalir
membasahi tiap tapak yang ditinggalkan
musafir bumi ilahi...
terus tegar melangkah dalam payah...
dan akhirnya yang mungkin sampai tak seramai dipermulaan
lumrah...
sunnatullah..
namun,
siapakah mereka?
tidak mahukah kita dikalangan mereka...???
moga kaki terus tetap melangkah...
walau dalam longlai...
pastikan ia masih di jalanan
merenung kembali mereka yang di belakang...
atau mungkin yang dah tiada pun dibelakang
adakala mengundang sendu..
meraih hiba di hati
ingin diraih mereka bersama
namun takdir Allah mendahului akan ketetapan jalanNya buat kita
langkah ini tetap diteruskan...
biar penghujung masih belum jelas
dan akhirnya yang sampai hanyalah mereka2 yang dalam kepenatan
kelelahan
dengan compang camping pakaian
penuh berwarna debu, peluh dan darah
itulah harga yang terpaksa dibayar
buat yang masih ingin tegar melangkah...
salam, ukhti
ReplyDeleteterus kuatkan langkah!!
agar bersama kita sampai ke penghujung jalan ini..
yang berlalu, usah dipaling
nyalakan semangat, SUCIKAN NIAT!!
wassalam