Kebangkitan pemuda Islam, dan dalam keadaan sekarang ni, kitalah antara para pemuda Islam hari ini kan? yang Allah sudah takdirkan menjadi pemuda pada saat ini. Ada hikmahnya, kenapa mesti kita…? Tidak Allah menjadikan sesuatu itu sia-sia, melainkan kita yang mensia-siakan sesuatu itu.
“Jika mahu melihat masa depan sesuatu negara, lihatlah para pemudanya…”
Berbalik pada kebangkitan pemuda, terutamanya pemuda Islam yang sudah muak dengan segala kebobrokan dunia hari ini, dengan para pemimpin yang sangat mengikut telunjuk kuffar. Para pemuda ini menuntut untuk mengembalikan Islam pada tempatnya (of cause diorang sangat faham betapa pentingnya syariat Islam tu..). Memang tiada cara untuk mensetelkan segala permasalahan dunia hari ini melainkan kembalikan semula pada hukum yg sepatutnya.
(hmm~ nampaknya segala usaha kuffar menyimpangkan para pemuda dari Islam yg sebenar dgn melekakan diorang dengan dunia, semakin memakan diri…)
Dalam mukaddimah fizzhilal, Sayyid Qutb menyatakan, “Aku telah hidup di bawah bayangan Al-Quran, dan di sana aku dapat menikmati kefahaman yang sempurna meliputi, tanggapan yang tinggi dan bersih terhadap alam al-wujud, terhadap matlamat seluruh alam al-wujud dan terhadap matlamat kehidupan manusia itu sendiri. Kemudian aku bandingkan dengan kefahaman dan tanggapan jahiliyyah yang dihayati ummat di Timur dan Barat, dan si Utara dan Selatan. Kemudian aku bertanya: mengapa manusia sanggup hidup dalam paya yang busuk, di tahap yang amat rendah dan di dalam gelap gelita kesesatan yang menghitam itu, sedangkan mereka mempunyai padang2 yang bersih tempat2 yang tinggi dan cahaya yang terang benderang?”
“ Katakanlah (Muhammad), tidaklah sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyak keburukan itu menarik perhatianmu, maka bertakwalah kepada Allah wahai orang yang mempunyai akal yang sihat agar kamu beruntung” (al-maidah, 5:100)
Terdapat dua faktor yang menyebabkan manusia menolak keburukan, akal yang berfikir dengan waras dan ketakwaan pada ALLAH. Dan itulah yang berlaku ke atas para pemuda hari ini. Dengan kadar intelektual yang tinggi hari ini, kita semakin pandai menilai dan memandang jauh tiap perbuatan dan akibat tiap perbuatan.
Dan faktor paling utama adalah atas dasar ketakwaan pada Allah. Keimanan para pemuda hari ini umpama bara dalam sekam, ada dalam diam, (tapi macam dah terbakar dan marak jee…). Memberontak dalam diam umpama pemuda kahfi, dan berani umpama Ghulam ashabul ukhdud. Dan kebangkitan para pemuda hari ini menggelisahkan para pemuka kuffar. Seorang demi seorang tali barut mereka dijatuhkan.
Sungguh Allah menjanjikan kemenangan buat Islam, dan kitalah para pemuda hari ini akan merealisasikannya.
So, Do you want to join us…?
No comments:
Post a Comment