Enam Kata Cintaku:

Allah sampaikan aku bersama kafilah syuhada...- Istisyhad syuhada

Monday, February 14, 2011

buktikan jika benar cinta...

Firman Allah yang bermaksud: " Wahai Nabi, sesungguhnya Kami mengutuskanmu sebagai saksi dan menyampaikan berita gembira dan peringatan, dan serulah kepada Allah dengan keizinanNya ke jalan yang terang". (Ayat 45 - 46 surah al-Ahzab).

  Dlm kehidupan yg senang serta tiada halangan utk kita melaksanakan ajaran Islam pada ketika ini, pernahkah kita terfikir akan titisan-titisan peluh, darah-darah yg mengalir, nyawa-nyawa yg terkorban demi menegakkan agama Allah serta menyampaikan hakikat kebenaran tersebut? Atau mungkin pernahkah kita panjatkan kesyukuran kpd Allah kerana mengutuskan nabi Muhammad SAW yg menunjukkan jalan kebenaran kepada umat manusia? Cuba fikirkan sejenak. Jika Allah tidak mengutuskan nabi Muhammad SAW, dimanakah kita sekarang ini? Hmmm…

  Sejauh manakah pengakuan kalimah syahadah yg kita ungkapkan hari-hari dlm solat kita; “aku bersaksi tidak ada tuhan melainkan Allah, dan nabi Muhammad itu pesuruh Allah”. Kita semua sudah mempercayai bahawa nabi Muhammad SAW itu utusan Allah, ‘Khatamun-Nubuwwah’(nabi terakhir) yg menyeru manusia kpd jln-Nya. Alhamdulillah. Dan pasti, setiap drpd kita apabila ditanya, “adakah anda mencintai nabi Muhammad SAW?” dan jawapannya yg akan kita dengar ialah; “mestilah!”, “of course!”, ataupun yg seangkatan dengannya. Tapi, tepuk dada dan tanyalah iman masing-masing. Sempena bulan Febuari ini, isu yg sering diungkapkan ialah cinta. Jadi di sinilah peluangnya. Nilailah erti CINTA sebenar kita semua terhadap nabi Muhammad SAW~

  Tahukah kita betapa cinta Rasulullah pada kita. Hinggakan terakam gema "ummati, ummati, ummati..." di penghujung nyawa baginda ketika sakaratul maut. Betapa cintanya baginda pada kita hinggakan ketika sedang menghadapi skaratul maut, baginda meminta agar kesakitan seluruh ummat  itu ditanggung oleh dirinya seorang, agar ummatnya tidak lagi perlu merasakan peritnya. Sungguh cinta itu sebuah kata kerja, bererti ia perlu pada pelaksanaan. Cinta itu bukan sekadar ucapan bahkan ianya sebuah perbuatan. Dan Rasulullah saw melaksanakan cintanya pada ummat, menterjemahkannya dalam makna yang cukup indah. Lantas bagaimana pula kita melaksanakan  cinta kita pada baginda? Atau apakah ia hanya sekadar ucapan lisan?

  Buktikanlah cinta kita dengan memperbanyakkan selawat ke atas baginda setiap masa, mengikuti sunnah baginda dalam setiap aspek kehidupan seharian, menghayati sirah dan menyusuri langkah perjuangan yang dirintis oleh Rasulullah saw. Bukan hanya kerana maulidurrasul, tapi disetiap detik nafas terhembus. 

"Tidak sempurna iman seseorang kamu hinggalah dia kasih kepadaku lebih daripada ibu bapanya dan manusia keseluruhannya".

  Mencintai Allah dan RasulNya melebihi segalanya, melebihi kepentingan peribadi, malah perlu meredam selaut emosi terhadap keluarga yang dikasihi. Sungguh cinta memerlukan pengorbanan dan harga kecintaan pada Rasulullah saw menuntut segalanya. Ya, segala-galanya yang dimiliki hatta sekeping nyawa.

Marilah kita menjadi seperti Saidina Umar r.a. Beliau ditanya oleh Rasulullah, bagaimanakah tahap cintamu kpd Allah dan Rasulnya? lalu Umar menjawab,'Aku mencintai Allah dan Rasul selepas aku mencintai diriku dan keluargaku'. Baginda bersabda,'Tidak!cintamu belum sempurna'. Lalu Umar pun berkata,'Aku cintakan Allah dan Rasul selepas aku cintakan diriku ini!' Baginda berkata lagi,'Tidak!Cintamu masih belum sempurna'. Lalu Umar pun berkata,'Oleh itu,aku cintakan Allah dan Rasul lebih drpd kecintaaanku kepada diriku, keluargaku dan seluruh dunia ini. Dan kita ketahui bahawa betapa besar pengorbanan yang dipersembahkan demi membuktikan cintanya pada Nabi Muhammad saw.

“Katakanlah (Muhammad), ‘Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintaimu dan mengampunkan dosa-dosamu’ Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.” (3:31)

  Letakkanlah cinta Allah dan rasul-Nya dihadapan. Apakah ada kemuliaan selain mendapat cinta dari Allah itu sendiri bagi kita hamba Allah yang teramat kerdil? Tidak mahukah kita agar dosa-dosa kita diampuni dan diri kita terlepas dari azab siksa nerakaNya yang ngeri? Dan bermuhasabahlah pada diri, sejauh manakah pengorbanan yg kita lakukan utk agama ini, atau sebenarnya kita tidak pernah peduli? (Nauzubillah min zalikk).

  Sempena Maulidul-Rasul ini, perbanyakanlah selawat ke atas baginda, kerana Allah (dan kerajaan-Nya) turut berselawat kpd baginda, dan memperbanyakkan beramal dengan sunnah baginda. Semoga kita sama-sama menghargai perjuangan serta kepayahan yg telah dilalui oleh Rasullullah SAW (serta ahli keluarga dan sahabat-sahabat). 

Salam Maulidur-Rasul.

No comments:

Post a Comment